IKLANEKA

Rabu, 3 November 2010

Majlis ilmu mingguan di Surau AlHidayah

Majlis ilmu mingguan di Surau AlHidayah


Darul Murtadza Assalammualaikum wrbt. InsyaALLAH majlis ilmu mingguan DM pimpinan ALHABIB ALI ZEINAL ABIDIN ALHAMID akan bersambung spt biasa pd Jumaat 05/11/10 bermula jam 915pm-1100pm d Surau AlHidayah, Keramat AU3, KL (sila rujuk album berkaitan). Semua lapisan masyarakat dijemput hadir. Semoga ALLAH SWT melapangkan masa kita & in…syaALLAH kehadiran antum akan menambahkan keberkatan kpd majlis & hadirin lain. Mohon sebarkan.

Ahad, 26 September 2010

KUNJUNGAN HABIB UMAR BENHAFIDZ KE MALAYSIA 1431H

KUNJUNGAN HABIB UMAR BENHAFIDZ KE MALAYSIA 2010

MAJLIS HAUL IMAM HADDAD

MAJLIS HAUL IMAM HADDAD
Berikut jadual di Lembah Klang
1) Jumaat , 15 okt 2010
MASJID AL-BUKHARY , Jln Hang Tuah , KL
jam 5.30 ptg - 9.30 mlm

2) Sabtu, 16 okt 2010
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABD AZIZ SHAH
(MASJID NEGERI) , Shah Alam .
jam 5.00 ptg - 9.30 mlm

3)
Ahad , 17 okt 2010
MASJID AL-FALAH , USJ 9, Subang Jaya (MAF).
jam 5.30 ptg - 9.30 mlm


TETAMU UTAMA AKAN HADIR :

Al-Allaamah Habib ZEIN BIN IBRAHIM BENSUMAITH
(Madinah al-Munawwarah),

Habib UMAR BIN MUHAMMAD BENHAFIDZ
(Darul Mustafa , Tarim , Hadramaut , Yaman)

Habib KAZIM JAAFAR AS-SAGGAF
(Tarim , Hadramaut , Yaman) .

dan
Habib ABDULLAH ATTHAS AL-HABSHI
(Mekah al-Mukarramah)


Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAQIN'.
Tidak lama lagi akan kami paparkan disini jadual keseluruhan majlis-majlis ini.

diedarkan oleh:
www.alfalahusj9.blogspot.com
JADUAL MAJLIS HAUL IMAM HADDAD 2010
DI SELURUH MALAYSIA

Tarikh
ZON - A (UTARA)
ZON – B (TIMUR)
9 Okt
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
--- tiada majlis --
12 Okt
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Okt
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu
14 Okt
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Okt
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Okt
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17Okt
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon – c (Selatan/timur)
Zon – d (Selatan/Barat)
18 Okt
Masjid Jame, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Okt
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Okt
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Okt
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan
Zon – e (Malaysia Timur 1)
Zon - f (Malaysia Timur 2)
22 Okt
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Okt
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Okt
Masjid Abdulrahman Aledrus, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat,


tolong sebar-sebarkan ...
jazakumullah Khairan

Rabu, 22 September 2010

Isnin, 20 September 2010

Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabaani

Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabaani



Syaikh Muhammad al-'Arabi bin at-Tabaani bersambung nasabnya kepada Syaikh 'Abdus Salam ibnu al-Masyisy (yakni guru kepada Syaikh Abul Hasan 'Ali asy-Syazali) yang merupakan keturunan Sayyidina al-Hasan r.a. cucu Junjungan Nabi s.a.w. Beliau dilahirkan di kampung Ra`s sebuah wadi di Algeria pada tahun 1315H. Beliau berguru dengan Syaikh 'Abdullah bin al-Qadhi al-Ya'laawi di Algeria dan selainnya daripada para masyaikh Jami' Zaituniyyah di Tunis.
Setelah berhijrah ke Haramain, beliau berguru dengan Syaikh Ahmad asy-Syinqithi, Syaikh Muhammad asy-Syinqithi, Syaikh Hamdan al-Wanisi, Syaikh 'Abdur Rahman ad-Dahhan dan Syaikh Musytaq Ahmad. Beliau mula mengajar di Masjidil Haram pada tahun 1338H dan di Masjidin Nabawi apabila kebetulan berziarah ke sana. Beliau juga mengajar di Madrasah al-Falaah, Makkah.
Antara muridnya ialah as-Sayyid Muhammad Amin Kutubi (teringat nasyid Sidanan Nabi dendangan Haddad Alwi... Sidanan Nabi, Sidanan Nabi, Sidanan Nabiyyy, Sidi Muhammad Amin Kutubi, Habibin Nabiyyyy, Sidi Muhammad Amin Kutubi, Habibin Nabiyyy... maaflah kalau sumbang), asy-Sayyid 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (ayahanda Buya Habib Muhammad al-Maliki), Syaikh Muhammad Nur Sayf dan Syaikh 'Abdullah al-Lahji. Beliau wafat di Makkah pada tahun 1390H........al-Fatihah.
Beliau juga ada mengarang dan antara karangannya ialah "Ifaadatul Akhyar bi baraa-atil abraar" dan "Is`aaful Muslimin wal Muslimaat bi jawaazil qiraa-ati wal wushuli tsawabiha lil amwaati" di mana dalam kitabnya ini beliau menyatakan membaca al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati adalah harus dan sampai pahalanya kepada mereka menurut pendapat jumhur fuqaha` Islam Ahlus Sunnah, walaupun bacaan tersebut dilakukan dengan diberi upah.
Jadi mana-mana orang yang kata tak sampai atau membid`ahkan perbuatan yasinan atau tahlilan. Elok cari kitab tersebut dan telaah, lihat dalil-dalilnya, kemudian kalau nak tahlil buatlah, kalau tak nak, diamlah. Kalau kamu ada hujjah, kami jugak punya. Kalau kamu ada ulama, kami jugak punya. Jangan jadi macam India punya cakap " tempurung atas katak" itu Melayu cakap "katak bawah tempurung", sampai itu katak tarak tahu siapa ada sana luar itu tempurung. Jangan ambik ati nooooo.