IKLANEKA

Isnin, 20 September 2010

Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabaani

Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabaani



Syaikh Muhammad al-'Arabi bin at-Tabaani bersambung nasabnya kepada Syaikh 'Abdus Salam ibnu al-Masyisy (yakni guru kepada Syaikh Abul Hasan 'Ali asy-Syazali) yang merupakan keturunan Sayyidina al-Hasan r.a. cucu Junjungan Nabi s.a.w. Beliau dilahirkan di kampung Ra`s sebuah wadi di Algeria pada tahun 1315H. Beliau berguru dengan Syaikh 'Abdullah bin al-Qadhi al-Ya'laawi di Algeria dan selainnya daripada para masyaikh Jami' Zaituniyyah di Tunis.
Setelah berhijrah ke Haramain, beliau berguru dengan Syaikh Ahmad asy-Syinqithi, Syaikh Muhammad asy-Syinqithi, Syaikh Hamdan al-Wanisi, Syaikh 'Abdur Rahman ad-Dahhan dan Syaikh Musytaq Ahmad. Beliau mula mengajar di Masjidil Haram pada tahun 1338H dan di Masjidin Nabawi apabila kebetulan berziarah ke sana. Beliau juga mengajar di Madrasah al-Falaah, Makkah.
Antara muridnya ialah as-Sayyid Muhammad Amin Kutubi (teringat nasyid Sidanan Nabi dendangan Haddad Alwi... Sidanan Nabi, Sidanan Nabi, Sidanan Nabiyyy, Sidi Muhammad Amin Kutubi, Habibin Nabiyyyy, Sidi Muhammad Amin Kutubi, Habibin Nabiyyy... maaflah kalau sumbang), asy-Sayyid 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (ayahanda Buya Habib Muhammad al-Maliki), Syaikh Muhammad Nur Sayf dan Syaikh 'Abdullah al-Lahji. Beliau wafat di Makkah pada tahun 1390H........al-Fatihah.
Beliau juga ada mengarang dan antara karangannya ialah "Ifaadatul Akhyar bi baraa-atil abraar" dan "Is`aaful Muslimin wal Muslimaat bi jawaazil qiraa-ati wal wushuli tsawabiha lil amwaati" di mana dalam kitabnya ini beliau menyatakan membaca al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati adalah harus dan sampai pahalanya kepada mereka menurut pendapat jumhur fuqaha` Islam Ahlus Sunnah, walaupun bacaan tersebut dilakukan dengan diberi upah.
Jadi mana-mana orang yang kata tak sampai atau membid`ahkan perbuatan yasinan atau tahlilan. Elok cari kitab tersebut dan telaah, lihat dalil-dalilnya, kemudian kalau nak tahlil buatlah, kalau tak nak, diamlah. Kalau kamu ada hujjah, kami jugak punya. Kalau kamu ada ulama, kami jugak punya. Jangan jadi macam India punya cakap " tempurung atas katak" itu Melayu cakap "katak bawah tempurung", sampai itu katak tarak tahu siapa ada sana luar itu tempurung. Jangan ambik ati nooooo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan